Showing posts with label minuman. Show all posts
Showing posts with label minuman. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Teh Hijau HPA






Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Antara kebaikan Teh Hijau:
  • Merawat sakit kepala dan kemurungan
  • Antioksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • Ada juga artikel menyebut Teh Hijau baik untuk kuruskan badan
Artikel Mengenai Teh Hijau dari Kosmo:
Nutrien Teh Hijau
Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?
KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.
Kurangkan risiko kanser
Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser di badan. Ia mengelakkan pertumbuhan sel ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik.
Kajian yang dilakukan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.
Lembutkan kulit
Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.
Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.
Lindungi kulit
Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.
Penstabil tekanan darah
Bacaan tekanan darah tinggi ialah 120/80 tetapi bagi mengekalkannya pada tahap tersebut bukannya mudah. Apatah lagi dengan tekanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah hampir setiap hari.
Amalan minum teh hijau setiap hari, mampu mengurangkan kebarangkalian menghadapi masalah hipertensi sebanyak 50 peratus. Kandungan teh hijau membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.
Pelindung memori
Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.
Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak seperti pesakit Alzheimer dan Parkinson.
Awet muda
Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.
Menurunkan berat badan
Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. – SUBASHINI RAJANDRA
1 kotak Teh Hijau HPA mengandungi 20 uncang.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18
Harga Pengedar
Semenjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sawarak: RM 15
Nilai Mata (NM): 4

Berminat mendapatkannya pada harga ahli, sila hubungi/sms 013-3928193 atau beli online di SINI

Thursday, April 28, 2011

Khasiat Kopi Radix HPA









Anda  suka minum Kopi Radix? Ini ada rahsia
khasiat Kopi Radix yang ramai orang tak tahu.
Rahsia ini jangan disimpan tapi harus dikhabarkan
kepada seramai mungkin orang yang anda kenal

1. Pengurangan kafein dalam kopi radix tidak
menggunakan bahan kimia methylene chloride tetapi
ianya dikurangkan oleh Akar Tebu Gajah (Albizza Myriophilla)
yang bersifat antidot yakni penawar racun.

2. Walaupun kafein dan air panas boleh memusnahkan
vitamin C, tetapi vitamin C dalam kopi radix bersifat
bioflavonoid (vitamin P) yang datangnya dari Akar
Mengkudu Hutan 
(Morinda Eliptika) tidak dimusnahkan.

3. Agen antioksidan dalam kopi radix jauh lebih tinggi
kerana ianya mengandungi Akar Halban (Vitex Pubescen)
yang lebih bersifat Antioksidan.

4. Kesan afrodisiak (ghairah seks) dalam kopi radix
ditingkatkan lagi dengan adanya Akar Tongkat Ali yang
mendapat paten antarabangsa (Eurycoma Longifolia).

5. Kesan angin dalam kopi dapat ditawarkan oleh Akar
Teja Lawang
 (Cinnamomum Inners) yang dimasukkan
dalam ramuan kopi radix.

6. Akar Mata Pelanduk (Ardisia Crispa) dalam ramuan
kopi radix dapat melancarkan kencing sekaligus
dapat menyingkirkan asid urik berlebihan di dalam tubuh.

7. Kopi radix dapat meningkatkan kadar metabolisma
tubuh kerana Akar Larak Hutan (Polyalthiya Hypolica)
di dalam kopi radix dapat mengawal pengeluaran hormon
tyroksin. Akar Larak Hutan juga bersifat kardiotonik
yakni menguatkan jantung dan juga membanyakkan
pengeluaran susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.

8. Kopi radix tidak menggunakan aroma tiruan yang boleh
menyebabkan kencing berbau seperti kebanyakan kopi
pracampuran lain dipasaran.

9. Kopi radix boleh mendapatkan tidur yang berkualiti
kerana Xeronin dalam Akar Mengkudu Hutan dapat
merangsang Sel T menghasilkan hormon Melatonin yang
mengawal kualiti tidur.

10. Akar Tongkat Ali dalam kopi radix berusia lebih
20 tahun yang kaya dengan mineral semulajadi seperti
kalsium dan magnesium.

11. Kopi radix juga dapat mengurangkan ketagihan merokok
jika ada niat untuk berhenti merokok.

Wallahua'lam. Semuanya ini dengan IZIN ALLAH jua. Kita
merancang, Allah yang menentukannya. Allah yang menjadikan
penyakit, Allah lah juga yang menyembuhkannya. Setiap
penyakit ada ubatnya kecuali mati.



Kopi radix boleh diperolehi di cawangan2,stokis, HPA halal mart dan juga pengedar2 HPA yang sah .
Awas jangan terbeli kopi radix tiruan pula ya.Akan datang saya akan tunjukkan perbezaan radix asli 
radix tiruan yang pernah muncul di pasaran.


Hubungi /sms 013-3928193 utk mendapatkan stok kopi radix @ beli online di SINI

Tuesday, April 26, 2011

Radix Mocha



HPA memperkenalkan produk baru iaitu Radix Mocha (campuran koko dan kopi) yang mengandungi sinergi 7 herba utama sama seperti Kopi Radix:
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).
Kelebihan Radix Mocha:
  • Mocha merangsang pengeluaran hormon gembira dan ceria.
  • Bermanfaat bagi mereka yang beriadah kerana dapat menjaga stamina termasuk para atlit.
  • Menggunakan koko gred A berkualiti tinggi lagi berkhasiat.
Setiap kotak mengandungi 15 sachet/paket. 1 sachet : 30 gram
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 27
Sabah & Sarawak: RM
Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM
Nilai Mata:6

sila hubungi/sms 013-3928193 utk dapatkan produk hpa dgn harga ahli @ boleh beli secara online di SINI


Sunday, April 24, 2011

Susu kambing HPA (Radix Goat)





 Susu Kambing hpa iaitu Radix Goat adalah salah satu produk baru HPA yang diperkenalkan semasa Konvek 2011 baru-baru ini di Putrajaya. Ia telah mula diedarkan di semua cawangan HPA. Mari kita dalami khasiat sebenar susu kambing ini.
SUSU KAMBING PRA CAMPURAN RADIX GOAT
Susu kambing adalah minuman yang lebih baik khasiatnya dibandingkan dengan susu lembu. Susu kambing dapat menjadi alternatif bagi pengguna yang mempunyai alergi terhadap susu lembu. Susu kambing sangat baik kerana ianya salah satu amalan sunnah Rasulullah S.A.W.
KHASIAT SUSU KAMBING RADIX GOAT
Dalam setiap 100 gram susu kambing mengandungi:
* 3-4 peratus protein
* 4-7 peratus lemak
* 4.5 peratus karbohidrat
* 134 gram kalsium
* 111 gram fosfur
KANDUNGAN SUSU KAMBING RADIX GOAT
Bahan:
Krimer bukan tenusu (Protein Susu), serbuk susu kambing penuh krim, mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan, Herba Radix dan Vanillin.
Kelebihan Susu Kambing Radix Goat Berbanding Susu Kambing Jenama Lain
Mengandungi 7 jenis herba Radix sama seperti 7 herba yang terdapat dalam Kopi Radix yang berada di pasaran. Antara herba-herbanya ialah:
* Tongkat Ali (Afrodisiak/antioksidan)
* Pokok Mata Pelanduk (Diuretik)
* Pokok Teja Lawang (Karminatif)
* Pokok Tebu Gajah (Antidot)
* Pokok Mengkudu Hutan (Laxatif)
* Halban (Imuniti)
* Larak Hutan (Kardiotonik)
khasiat susu kambing RADIX GOAT
* Mempunyai sumber kalsium yang lebih baik berbanding susu lembu.
* Baik untuk tulang dan gigi.
* Melancarkan lagi proses penghadaman dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalankan aktiviti harian.
* Terdapat mineral besi untuk pembentukan hemoglobin dalam badan.
* Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
* Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak.
* Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel darah, tisu-tisu badan, serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak.
* Membantu wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pandarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan pospartum).
* Dapat membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
* Mengandungi sumber natrium untuk membantu kalsium dan mineral lain larut dalam darah.
* Memudahkan proses penyerapan mineral-mineral di dalam badan dengan lebih mudah.
* Sifat alkali susu kambing baik untuk kesihatan bertindak meneutralkan asid dalam badan secara semulajadi.
* Mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu proses pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan lebih cantik dan berseri.
* Mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
* Mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolestrol.
HEMOGLOBIN
* Membantu sel darah merah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan untuk kegunaan sel-sel badan.
* Membantu melancarkan lagi sistem pernafasan.

Mengandungi 15 sachet untuk 1 kotak. Susu kambing ini adalah dalam bentuk serbuk dan tidak berbau. Anda hanya perlu bancuh bersama air panas untuk menikmati kesegarannya. Jom dapatkan segera Susu Kambing Radix Goat ini dari cawangan HPA berhampiran atau beli online melalui kami
di SINI


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 35
Sabah & Sarawak: RM 40
Harga Pengedar
Semenjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sawarak: RM 35
Nilai Mata (NM): 10